UBAH SUAI DAPUR ANDA
Inginkan reka bentuk dalaman di Malaysia yang sesuai untuk dapur anda? Atau ingin mengubahsuai dapur yang sedia ada?
Ruang memasak merupakan antara ruang yang paling penting di dalam sesebuah kediaman. Banyak yang perlu diambil kira, termasuk saiz ruang yang ada, ruang penstoran yang diperlukan dan kegunaan setiap ruang itu. Berikut adalah 6 reka bentuk susun atur dapur yang versatil dan memenuhi setiap keperluan. Daripada sekecil-kecil ruang hinggalah ruang yang besar, anda pasti akan menemui susun atur yang sesuai buat kediaman anda.
1) Dapur bentuk U
Susun atur ini ideal untuk 2 orang tukang masak dan memudahkan pergerakan yang pantas. Dapur bentuk U boleh berfungsi sebagai pembahagi antara dua ruang di rumah dan amat sesuai untuk ruang yang terhad. Ia menawarkan ruang kaunter yang luas untuk penyediaan makanan dan juga memasak.
2) Dapur bentuk L
Susun atur ini ideal untuk apartment studio memandangkan ia tidak menggunakan ruang lantai yang banyak. Dapur bentuk L hanya memerlukan dua dinding. Ini membuka ruang kepada kediaman berstail ‘open plan’ yang lebih luas. Ia memberikan ruang yang mudah diurus dan lebih efisien.
Reka bentuk ini amat sesuai untuk dapur yang luas kerana ia membolehkan anda membahagikannya kepada beberapa ruang kerja yang lebih kecil dan efisien. Pulau ataupun ruangan tengah dapur ini boleh digunakan untuk penyediaan makanan, memasak atau ruang bersosial. Ruang kaunter yang
ada juga boleh digunakan sebagai tempat untuk bersarapan.
4) Dapur semenanjung
Jika anda tidak berminat dengan konsep pulau di dapur tetapi masih memerlukan ruang kerja dan ruang penstoran yang banyak, anda boleh pertimbangkan dapur semenanjung. Dapur jenis ini memberikan lebih ruang kerja, ruang untuk bergerak dan juga ruang untuk makan. Susun aturnya kelihatan seperti sebuah segiempat sama yang tidak lengkap. Ini memberikan perimeter kepada ruang tersebut dan mengasingkannya daripada ruang utama yang lebih luas.
5) Dapur galei
Untuk menjimatkan ruang, anda boleh mempertimbangkan konsep dapur galei. Ia terdiri daripada dua kaunter selari di mana kedua-duanya mudah untuk dicapai. Alat-alat dapur utama boleh diletakkan di atas satu kaunter manakala kaunter bertentangan dapat dikhaskan untuk ruang kerja dan penstoran. Dengan pencahayaan yang cukup, dapur jenis ini akan memudahkan penyediaan makanan
tanpa mengambil kira saiz dapur tersebut.
6) Dapur satu dinding
Kebiasaannya konsep dapur ini sesuai digunakan bagi kediaman yang kecil dan tidak memerlukan banyak ruang penstoran. Dapur satu dinding amatlah mudah diakses dan senang untuk dibersihkan. Ia selalunya dipasangkan di dalam apartment jenis “open space” dan jenis studio yang jarang menerima ramai tetamu. Dapur jenis ini membuatkan kerja-kerja dapur lebih efisien dan kos pengubahsuaiannya juga rendah.